Rabu, 16 September 2009

Surau Al-Amin Dihidupkan Dengan Juadah Ibadat


Sepanjang ramadan surau Al-Amin SMTSPPP telah menyediakan pelbagai program ibadat. Antaranya:
1. Ceramah Menyambut Ramadan
2. Solat Tarawih

3. Menunggu Lailatulqadar
4. Tazkirah
5. Bacaan Yasin setiap pagi sepanjang bulan ramadan bersama dengan Solat Dhuha.
6. Jom Bayar Zakat
7. Qiamullai






Pelajar perempuan khusuk mendengar tazkirah ramadan.

Khamis, 20 Ogos 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan Di SMTSPPP


Student Mall, SMTSPPP - Khamis (20.08.09) telah diadakan sambutan hari kemerdekaan
peringkat sekolah. Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya:
1. Pertandingan Wau Kemerdekaan 2. Pertandingan Cerita Pendik I-Merdeka 3. Pertandingan Memasak Guru dan Pelajar 4. Pertandingan Congkak Antara Persatuan 5. Pertandingan Drama Antara Kelas

(Gambar 1: Kelihatan pengetua SMTSPPP, En Zainal Abidin sedang merasai masakan dari guru-guru mewakili Jabatan Kemanusiaan).
(Gambar 2: Seorang pelajar berbakat dalam bidang masakan, Irwan dari kelas 5m2 menunjukkan kemahiran seperti pakar masakan.


Ini adalah lambakan penyertaan cerita pendik I-Merdeka yang telah dihantar ke meja hakim. Para pelajar telah berjaya menggunakan pengalaman menyambut merdeka pada masa lalu untuk diselangselikan dengan gambar dari keratan akhbar.







Pertandingan memasak di kalangan pelajar yang mewakili kelas masing-masing. Pelajar kelas 5A4 sedang menyediakan hidangan ilham mereka sendiri.

Rabu, 19 Ogos 2009

Ceramah Khas Sempena Menjelang Ramadan



Pada hari malam selasa (17.08.09) yang lepas, JTK Masjid Al-Amin dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMTSPPP telah menganjurkan ceramah khas persediaan menyambut ramadan. Uztaz Zamri dari SM Sains Syed Shahbudin telah didatangkan khas sebagai penceramah jemputan. Ceramah yang dsampaikan diselangselikan dengan paparan powepoint dan video yang menarik bagi menarik perhatian para pelajar. Antara lain ceramahnya berkisar tentang persiapan yang perlu dibuat sebagai umat Islam dalam mencari kesempurnaan ibadat puasa.









Dalam ceramahnya, Ustaz Zamri menekankan kepada penting membudayakan pembacaan al-quran dalam rutin kehidupan pelajar kerana pahala membaca al-Quran akan dapat dijadikan sebagai penerang di dalam kubur, apatah lagi pada bulan ramadan yang dijanjikan Allah Taa'la pahala yang berlipatkali ganda besarnya keada sesiapa yang membaca al-Quran dan ibadat lain.
Sebagaimana maksud hadis:
Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”



Ahad, 16 Ogos 2009

Tuah RM100.00




Akhirnya majlis penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mencipta Logo Koperasi SMTSPPP telah dilangsungkan pada hari jumaat lepas (14.08.09) di Dewan Al-Azim semasa perhimpunan mingguan. Muhammad Hazrin bin Zainal Abidin dari kelas 5KE1 telah dipilih sebagai pemenang hadiah utama yakni wang tunai Rm100.00


Manakala 5 pemenang telah dipilih untuk hadiah saguhati bernilai RM30.00

1. Ahmad Aizat bin Mohamad Akhir

2. Mohamad Syawaluddin bin Mohd Zamri

3. Muhammad Shauqi bin Qiamuddin

4. Ahmad Yusuf bin Shahran

5. Muhammad Amir bin Mat Nor

Isnin, 10 Ogos 2009

Aktiviti Hari Ahad Pelajar Asrama

Secebis kisah pagi ahad,

Kebiasaan pada hari cuti sabtu dan ahad akan diadakan gotong royong di asrama samada membersihkan bilik ataupun aktiviti menceriakan kawasan asrama. Asrama SMTSPP yang bermotokan "Asramaku Wajahku" akan melibatkan para pelajar dalam konsep menceriakan alam sekitar. Taman Mini Aspura yang baru disiapkan mempunyai tema yang tersendiri iaitu dilengkapi dengan 3 wakaf kayu untuk pelajar beristirehat pada waktu petang. Pokok-pokok bunga ditanam bagi menghijaukan alam sekitar serta membekalkan udara segar dan nyaman kepada pelajar yang mendiami asrama





Kelihatan penyelia asrama En Ruzahan sedang mengarahkan para pelajar cara menanam pokok bunga dengan baik mengikut susunan yang dirancangkan.

Sabtu, 8 Ogos 2009